Selasa, 28 Julai 2009

AKTIVITI TAHUN SEPANJANG 2008




PROGRAM MEMBACA




PERKHEMAHAN PBSM 2009








Perkhemahan PBSM telah diadakan pada 18.7.2009 di SJKT Ldg Sg Terap. Seramai 24 orang murid telah mengambil bahagian dalam perkhemahan ini.


Perkhemahan ini bermula pada pukul 7.30 pagi. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti mendirikan khemah, ceramah pertolongan cemas, ceramah ikatan, kawad kaki, reka cipta, senaman robik dan ungun api. pada pukul 10.30 malam perkhemahan di akhiri dengan penyampaian hadiah kepada murid-murid.

Sabtu, 6 Jun 2009

SEJARAH SEKOLAH



SJK(Tamil) Ladang Sungai Terap terletak di daerah Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan. Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1946 dengan 37 orang murid dan seorang guru di Ladang Sungai Terap, Kuala Selangor. Nama asalnya ialah SRJK(Tamil) Ladang Kumpulan. Pada tahun 1991 namanya telah ditukar kepada SRJK(Tamil) Ladang Sungai Terap. Sekolah ini hanya mempunyai 1 blok papan dengan keluasan 30 X 20 kaki persegi sehingga Tahun 1986. Pada bulan Oktober 1986 sebuah bangunan baru didirikan dengan bantuan kerajaan.

Pada mulanya sekolah ini hanya mempunyai darjah 1 hingga 3 sahaja. Murid-murid akan ke SJK(Tamil) Vageesar untuk melanjutkan pelajaran ke tahun 4,5 dan 6 sehingga tahun 1988. Sebanyak 2 buah bangunan didirikan pada tahun 1998 dengan sumbangan wang sebanyak RM 50 000 oleh YAB Menteri Besar Selangor Dato Dr.Abu Hassan Bin Omar. Batu asas untuk bangunan baru diletakkan oleh Penyelia Sekolah Tamil Negeri Selangor Tuan S.Velu PJK pada 26.10.1998

Pada pertengahan tahun 2001 pula peruntukan sebanyak RM 15 000 diberikan oleh Kementerian Pendidikan untuk kerja membaik pulih. Pada tahun 2008 sebuah bangunan baru didirikan dengan 2 buah bilik darjah atas sumbangan kerajaan serta menaik taraf sebuah bilik pemulihan. Pada tahun ini iaitu 2009 sekolah ini mempunyai 4 buah bangunan dan 71 orang murid.